Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, April 6, 2017

Resepi Nasi goreng kampung yang simple & sedap





Nasi goreng kampung 


Bahan :
1 cawan nasi sejuk
isi ayam dlm 2 sudu besar
cili padi ikut pedas - diketuk 
1 biji bawang putih - diketuk
1 biji bawang merah - dihiris2
1 sudu besar sos tiram Maggi
1 sudu besar sambal belacan 
1 batang kacang panjang 
segenggam kangkung
1 biji telur
sedikit kicap cair


Cara :
Tumis bawang putih & bawang merah dan juga sambal belacan, masak hingga wangi , masukkan isi ayam dan sos tiram Maggi , kacau sebentar, masukkan kangkung, kacang panjang , kacau dlm seminit dua, pecahkan sebiji telur, biar sebentar, kacau sebati, masukkan nasi, kacau dengan api besar dalam 2 minit ..Renjisan sedikit kicap cair dan sedikit garam jika perlu .. sambung kacau nasi dgn api besar dalam 2 minit lagi ............... siapp 👌😋
Boleh dihidangkan panas2 dengan ayam & telur goreng berserta kopi o panas
 











1 comment:

  1. assalamualaikum ...sedapnya tengok nasi goreng kampung ni...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...