Search This Blog

Sunday, January 9, 2011

Brokoli Goreng Bawang Putih & Keli Salai Berlada



Meh layan menu lunch Mas semalam, baru ari ni sempat n3 kan.....bebudak semalam memang dah tak pandang menu ni sebab dah mengadap sotong bersos plum yang Mas buat semalam. Kali ni Mas salai keli ni sampai garing sikit dan tuang sambal atas keli tu...sebab pernah nampak Kak Norma buat, jadi teringin lak, perhh memang sedapppp...memang kena ngan Brokoli Goreng Bawang Putih Kak Hana ni. Sedapp rupanya brokoli ni. Sebelum ni takut nak rasa brokoli, bila tanya Izah rasanya macam mana..baru terdetik kat hati nak mencuba...sangat sedapp dan bila Mas buat Brokoli Goreng Bawang Putih ni...hhmmm...suka sangat dengan rasanya....

Brokoli Goreng Bawang Putih
Sumber : Kak Hana , Izah 

Bahan :
  • 200g brokoli
  • 5 ulas bawang putih ~ potong dadu
  • 1 sudubesar pes bawang (resepi sila lihat dibawah)-hana tk buat.cincang bwg besar&putih je
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam - hana tak buh sbb sos tiram dah masin
  • Air sedikit
  • 1 sudu besar minyak.
Cara :
  1. Potong brokoli dan bersihkan.
  2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
  4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
  5. Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.
Resepi Pes Bawang
Source : Kak Raidah

Bahan :
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara :
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  5. Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

Keli Salai Berlada
Sumber : Mas Kak Norma
Bahan :
  • 2 ekor ikan keli
  • garam dan kunyit
Cara :
  1. Siang ikan keli dan rendam dengan garam dan jus limau nipis@asam jawa, biar 5 minit dan toskan , cuci bersih dan rendam lagi dengan jus limau nipis@asam jawa dan garam dan biarkan 5 minit lagi dan toskan dan cuci bersih.
  2. Kelar2 keli dan lumurkan dengan garam dan kunyit dan salai dalam oven. Mas salai hingga garing sikit. Angkat dan letakkan dalam pinggan, ketepikan.
Bahan untuk sambal :
  • sedikit ikan bilis basuh sedikit
  • 1 biji bawang besar.- potong bulat
  • 14 ulas bawang merah.
  • sedikit belacan
  • 10 tangkai cili kering.
  • 1/2 keping asam gelugur.
  • Gula melaka secukupnya.
  • Garam secukup rasa.
Cara :
  1. Blend cili kering, bawang merah , ikan bilis dan belacan hingga hancur.
  2. Tumis bawang besar hingga layu baru masukkan  bahan-bahan kisar dan masak dengan api yang perlahan..Jika perlu masukkan sedikit air dan masak lagi hingga sambal betul-betul masak. Masukkan gula pasir,gula merah secukupnya.
  3. Kemudian masukkan asam keping. Rasakan masin dan manisnya biar betul-betul seimbang.
  4. Masak hingga kering dan tuang atas keli salai tadi.


9 comments:

  1. Mas,wah terliur tau nengok keli tu...tapi x pe semlm dh beli dh keli frozen yg diimport kat kedai aseanic tu nanti nk buat projek..hehe

    ReplyDelete
  2. mas,akak nak ambik brokoli tu jek..akak tak makan nasi mlm ni.ai nak diet nih..hah akak ambik roti yg kaler oren dia pusing2 tu sekali ya..cantik roti kaler oren pusing2 tu..kekeke

    ReplyDelete
  3. Kak Nieza,
    wahhh bestnya...ada gak keli frozen kt finland tu..tak la kempunan kan kak....try wat kak..sangat sedapp tau...

    Kak Anymz,
    akak diet...he..he...makan roti jer la...brokoli tu memang dah piniss la kak...

    ReplyDelete
  4. kak rose suker sangat brokoli... sllu masak ngan sos tiram jer... perhhhh!

    ReplyDelete
  5. tk pernah lg masak ikan keli sbb geli bila tengok ikan tu tp bila mkn kat kedai laju je akak mkn ikan keli ni hihi...nanti kalau akak dtg rumah mas, mas masak ikan keli sambal special ni utk akak ye ;-)

    ReplyDelete
  6. Kak Rose,
    mas pun dah suka brokoli kak...kita geng...

    Kak Zarin,
    ha..ha...mas dulu pun macam tu kak, tapi disebabkan suka sangat makan keli, mas belajar ngan mak, itu yg pandai...
    okkkk..beresss..murah rezeki kita boleh jumpa kan kak...nnti mas buat yg special untuk akak...

    ReplyDelete
  7. wow keli lagi..hehehe... petang tadi baru je Jebat akak keluarkan keli gergasi kat kolam tu.. tak lalu dh nk makan, bagi jer kat jiran..

    ermm...brocoli tu nampak sdap...kat rumah akak ada banyak stok brokoli tu..mesti cuba!!

    ReplyDelete
  8. Mas.....kak suke seme....brokoli pun yer....ikan keli pun yer......:) sedap manu ni..berbeza.....rasa lapa la pulak....

    ReplyDelete
  9. pstt: mas : td tnya izah, dia lom jwab..ikn bako portugis tu guna kembung leh gak ke? hihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.