Search This Blog

Sunday, October 17, 2010

Tauge dan Tauhu Telur Masak Simple



Selamat berhujung minggu semuaa, Ni la rupa Tauge dan Tauhu Telur Masak Simple tu, lambat sikit n3. Jadi sayur ni dah abisss tau...  Memang mengena makan ngan Air Asam Menyengat dan Ikan Goreng ari tu. Nasi pulak panas2....wow...licin semuanya. Mas selalu gak masak sayur tauge macam ni, senang dan sedapp . Tu yang makcik suka, he..he.. 

Tauge dan Tauhu Telur Masak Simple 

Bahan :
  • Taugeh - basuh dan toskan
  • tauhu telur - potong2 dan goreng garing
  • Bawang besar - hiris
  • Bawang putih - hiris
  • sedikit ikan bilis - basuh sikit , toskan
  • Serbuk lada sulah
  • Cili  ijau,merah - hiris panjang
  • sedikit sos tiram maggi
  • garam dan perasa jika suka.

Cara :
  • Basuh taugeh dan toskan. biar betul2 kering sebelum menumis.
  • Panaskan minyak. Tumis bawag besar, ikan bilis dan juga bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili hijau dan merah. Kacau.
  • Masukkan taugeh, tauhu telur yang telah digoreng, garam, sos tiram, perasa dan juga lada sulah. Masak sekejap sahaja bagi mengelakkan keluar air yang banyak walaupun tanpa masukkan air. Terus angkat dan tuang kedalam pinggan.
  • Boleh dihidang dan enak dimakan panas2.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.