Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, February 12, 2018

Ayam Goreng Kunyit Pedas yang sedap








Assalamualaikum
salah satu menu yang wajib mas buat tiap minggu .. ayam goreng kunyit pedas .. apabila ditambah bawang dan cili .. rasanya menjadi lebih sedap ... memang laku keras ayam goreng kunyit macam ni ... selamat mencuba yerk 

Ayam Goreng Kunyit Pedas
Resepi : Mas duniaku

Bahan :
ayam - dipotong kecil dan dibersihkan dengan tepung gandum, bilas dan toskan
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
serbuk ajishiok
tepung gandum + tepun g jagung + tepung kastard ( sukat sama banyak dlm 4 sudu besar tiap jenis )
sedikit serbuk cili
sedikit bawang putih ditumbuk halus

bawang merah & cili padi dihiris2


Cara :
 gaul ayam dgn garam + serbuk kunyit + serbuk cili + serbuk lada sulah + sedikit bawang putih yg ditumbuk halus ... 
Gaul sebati, baru letak sedikit campuran tepung ( tepung gandum+ tepung jagung + tepung kastard = sukat sama banyak, gaul rata ) .. dah letak sedikit 3 jenis tepung tu, gaul sebati ..perap dlm setengah jam baru goreng, 
bila nampak ayam nak garing, baru letak bawang merah dihiris nipis + cili padi dlm ayam yang u goreng tadi ... 
Kacau sejap2, dah nampak elok garing ayam, bawang tu ... Boleh angkat ... 




Sunday, February 11, 2018

Resepi Keladi Masak Asam Rebus yang simple dan sedap






Assalamualaikum.
Mas nak share satu resepi tradisi yang sangat sedap, enak dimakan dengan ikan goreng , cukup dah lauk untuk satu dihidangan, Keladi Masak Asam Rebus .



Bahan2 
3 tangkai batang keladi bersama isinya
 segenggam ikan bilis - diblend
 3 ulas cili merah - diblend
 cili kering @ cili merah  ikut pedas - diblend
2 biji bawang merah - diblend
sedikit belacan - diblend
1 batang serai - di titik
 2 tangkai daun kesum 
3 keping asam keping 
garam secukup rasa 
Air secukupnya 






Cara 
siang keladi dengan cara buang kulit dibatang keladi ( tarik saja kulit keladi tu dari batang keladi menggunakan pisau )  dan potong2 , cuci bersih dan masukkan dalam periuk, letak air agak2 keladi tenggelam, masukkan juga asam keping dalam 2 keping
Rebus keladi hingga empuk. 
Toskan airnya dan ketepikan ( mas buang air rebusan sbb fobia dgn gatal2 keladi ) 
Rebus air baru agak2 melepasi kandungan keladi di dalam periuk 
Masukkan bahan2 kisar,asam keping,daun kesum dan garam secukup rasa, masak hingga mendidih 
Akhir sekali masukkan keladi yang sudah di rebus tadi.. 
Mudah je nak buat kan?..




sangat enak dimakan dengan nasi kerabu utara 



Tuesday, January 23, 2018

Kerabu pucuk paku,tauge & kerang





Assalamualaikum 
mood update resepi datang malam ni .. sebenarnya banyak resepi yang mas nak update .... insyaAllah pelan2 mas update resepi yang lain yerk .
jom layan resepi Kerabu pucuk paku,tauge & kerang ni 


Bahan bahan :-

- Pucuk paku yg dibersihkan dan dicelor bersama dengan sedikit garam.
- Sedikit taugeh - mas jirus sekali lalu saja 
- Kerang yg direbus tanpa air (masukkan dalam periuk tutup rapat2 kemudian besarkan api gas, bila nampak dah terbuka. boleh tutup api dan kopek
 - bawang merah - dihiris 
- cili api ikut pedas - ditumbuk
sedikit belacan - ditumbuk 
sedikit santan kotak 
sedikit jus limau. garam dan gula
sedikit kerisik 

cara : 
tumbuk cili dan belacan, masukkan juga sedikit gula, dah hancur, masukkan dalam bekas, masukkan jus limau, santan kotak dan garam secukup rasa. gaul sebati. masukkan juga sedikit kerisik, gaul lagi
baru masukkan pucuk paku, tauge dan bawang yang dihiris, sebatikan, masukkan kerang, sebatikan lagi, siap dihidangkan 







  

Tuesday, January 16, 2018

Tempahan Brownies Shah Alam





Brownies kedut 
saiz 10x10 inci 
64 pieces 








Untuk tempahan @ pertanyaan 
hubungi 03 78318966  atau whatsap / call 0134242505 




Sunday, October 22, 2017

Wednesday, August 16, 2017

Resepi bubur kacang hijau yang sedap




Assalamualaikum.
rasanya lama Mas tak update resepi pencuci mulut kan ... jom kita layan bubur kacang hijau yang lazat dan tak jemu2 dinikmati sepanjang zaman ....
antara dessert kesukaan Mas ...tapi Mas amat cerewet dalam menikmati bubur ini sebab bubur kacang hijau yang lazat pada Mas ialah kacang hijau tu lembut dimulut dan tekstur bubur yang sedang2 sahaja pekatnya ...tak nak cair atau terlalu pekat dan manisnya juga sederhana ..... itu baru benar2 bubur kacang yang lazat ...
untuk cara Mas, sebelum merebus kacang hijau, basuh... toskan ...baru sangai dahulu sehingga naik bau wangi kacang hijau, baru boleh terus rebus ....kacang hijau itu akan cepat lembut dan empuk ....
jom lihat resepinya 



bubur kacang hijau
resepi : masduniaku


Bahan bahan:
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir 
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan - kalau guna kotak- 1 kotal kecil sudah cukup 
Garam
sedikit sagu yang telah direndam ... kemudian ditoskan 


Cara cara:
Goreng kacang hijau tanpa minyak hingga naik bau wangi kacang hijau. Kemudian tutup api dan masukkan air dan rebus sampai empuk.
kemudian masukkan daun pandan, gula melaka dan gula pasir, kacau sebati, biarkan mendidih seketika..
kemudian masukkan sedikit sagu yang telah direndam... biarkan mendidih dan apabila nampak sagu cantik kembang, baru masukkan santan dan garam, kacau sebati ...apabila santan mula mendidih dalam dua tiga minit..boleh tutup api sebab jika dimasak lama, santan akan pecah minyak, api juga sederhana perlahan yerk bila santan dimasukkan tadi .. rasakan manisnya ...jika ok ..boleh tutup api
selamat mencuba 





Tuesday, August 15, 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...